Pada 11 Julai 2010 telah berlangsungnya sukan tahunan SMKSU 2010. Dengan semangat yang membara aku menjejakkan kaki ke sekolahku yang tercinta pada 7.15 pagi. Walaupun tidak memasuki apa2 acara..namun semangat ini adalah untuk menyaksikan acara2 yang akan berlangsung. ( Ayat x leh bla...)
Acara dimulakan dengan pembarisan unit beruniform & rumah sukan. Best weyh...aku suka tengok rumah BENDAHARA(biru) punya maskot..AVATAR. Tapi aku suka gak tengok rumah sukan aku sendiri, TEMENGGUNG(hijau) dgn tema PERWIRA. Seronok aku..tapi sayangnya, aku x tgkap gmbo pun..huhu. Handphone bwk..Tapi kameranya hampeh betul. Kalau x leh aku tunjukkan.
Aku jadi lagi semangat bila acara 4x400 meter. Mestilah semangat, my friend masuk tau..my cute miut AIMI n UMAIRAH. Sakit tekak aku menjerit-jerit bagi sokongan. Hahaha...sejak tu, asal rumah TEMENGGUNG ada acara confirm aku terjerit-jerit. Bila dikenangkan balik..alahai...x malunya aku..
adehh..
Malas la aku nak citer panjang,,,yang jadi JUARA thun nie mestilah BENDAHARA tu. Kekal juara la diaorg nie...tahniah ye buat Bendahara.
Takpe TEMENGGUNG...tahun depan ada lagi. Eh, aku dah habis sekolah time tu la.. x pe..yg pasti aku kekal TEMENGGUNG!!!!!. Usaha lebih lagi ya...biar dapat jadi Juara..takkan asyik BENDAHARA jewr..opps..sorry. hahaha.
TEMENGGUNG...FIGHT FOR EXCELLENT!!!
2 comments:
thnks coz sorak sampai anak tekak ko nak pecah tp aku xprsn plak ko jerit nme aku time lari tu. HHEHE. btw, bendahara kekal juara! HHAHA. ayat poyo je aku nie ;pp
mana nak dongar..tgh lari.
Post a Comment