21 May 2011

Interview yang tak macam interview

Salam....

Cuba cernakan sikit tajuk entry tu..dalam bahsa mudah, cuba faham tajuk tu.

Korang bayangkan hari nie ada interview, SEMALAM surat baru sampai. Bukan surat sebenarnya, dah ala-ala poskad dah. Dah la bagi info ringkas nak mampus, mana la mira nak faham. Kad/Surat/poskad tu dari UNIT PENGAMBILAN KHAS PELAJAR. Tapi yang peliknya awat surat tu sampai lambat sangat? tak boleh ke nak buat surat berdaftar ke, pos laju ke ekspres ke.. ini bagi orang kelam kabut je.

Tadi pergi la interview dekat Fakulti kejuruteraan Universiti Malaya. Ingatkan interview dia tanya background kita ke..kelulusan kita ke, ini tidak, duduk2 je tanya minat apa. Mira cakap la IT. Pastu dia dah sibuk cakap pasal yuran, pasal LIFE COLLEGE. Otak nie dah tak boleh terima apa yang sedang berlaku. Pastu dia suruh register n bayar yuran pra-pendaftaran RM450. Tapi ayah mira bayar RM100 je... Bukan main lagi paksaan dia.

Time keluar dari dewan 2, hati berkata, ini ke interview. Tak macam interview pun. Tak pasal2 melayang RM100. Kalau ikutkan hati tadi, mahu je bangun dan tinggalkan tempat dan biarkan dia bercakap sensorang. Dia desak punya desak, kena lah bayar jugak. Hampeh betul. Kalau mata mira nie ada kuasa, mira nak tenung dia lama2 biar dia keras. Jadi batu pun takpe..

Ayah mira pun kata, tak pernah orang panggil tu interview. Hishhh...runsing betul. Dah sampai rumah baru ayah cakap, entah2 ada agenda yang tersembunyi tak?? hmphhhh... korang pernah dengar LIFE COLLEGE???

17 comments:

Mama Iman said...

tu namanya paksaan Mira. It's a private college. Mmg taktik. Patutnya tak bayar dulu. Tunggu hingga dpt offer dr IPTA lain baru pergi. Unless mmg Mira nak belajar kat koleh tu, takpe la...

Amirahsza said...

mcm mana la x byrnya...slagi x byr x boleh prgi..menakutkan btul..

ezy.fia said...

camtu pon ade..
dasat betol..
mane boleh desak2 org camtu..

Amirahsza said...

cik ezy : tahu x pe...

ahmad faiz said...

salam...saya ade dapat gak tawaran interview kt UM...tu je ke yg dye tnye?? bia btol...

Anonymous said...

betul ke mcm tu aje... saya dpt utk prubtn kt upm...
mcm takot jew nk pegi..

dier ade ckp..klo dier mntak duet maknanye "lulus" ah yer interview tu...

Anonymous said...

actually menda alah ne betul kew???coz sy bru dpt surat cam tu gak tp dy ta specific kan u mane2???

Anonymous said...

keputusannya, dapat tak?

Amirahsza said...

@Anonymous ofcoz la dapat.. sbb time interview tu kena bayar yuran terus. but my father just byr rm100. selagi x byr dudukla kat situ lelama .. huh

Anonymous said...

Hi, saya pun dapat surat dan call daripada pihak unit tu. Tapi, nasib baik kamu ada share informasi ini,kalau tak..hmm....dahlah orang dalam panggilan tu kata wajib datang temu tuga. Tak minat lah saya nak masuk kolej!

Anonymous said...

nasib baik saya tak pergi. Terima kasih kerana kongsi pengalaman ni bersama kita.

ana said...

Salam amirah. Tq share info. Ank acik pun dpt poskad tu. Acik sahja kol no yg dibg tu satu pun tk jwb. Ada satu no tu not in service. Dah agak ni tk brapa betul. Agenda kolej swasta. So mmg tk kan pegi la. Intwnye this coming sabtu and sunday. Makasih amirah share experience...

Amirahsza said...

@ana Waalaikumsalam..sama2 acik :)

Unknown said...

Terimakasih share..ank sy dapt intv kt perpustakaan kuantan sabtu n ahad ni... so tk yah pegila...

Unknown said...

Thanks sb share.. ank sy dapat kt perpustakaan kuantan hari sabtu n ahad ni... so tk payah pegi la..

Ghaz said...

Thanks for the info, saya pun dah agak ni kerja tak betul. Pakai postcard je, hantar lewat supaya orang kelas kabut takde masa nak siasat, suruh mak bapa dtg sekali pulak tu!

Akram said...

Br kuar dr perpustakaan kuantan... hantar anak jiran... geram betul.... ingat program ape... pd kad tu siap ada mcm2... rupa2nya city university....

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...