Khas buat adik-adik pelajar lepasan SPM
semalam result UPU dah keluar. Ada yang gembira dan ada juga yang berduka. Yang gembira pastinya yang dia telah mendapat tempat di IPTA pilihannya. Yang berduka kerana merasakan diri tidak layak untuk memasuki ke IPTA atau mendapat kursus bukan pilihan hati. Tahniah dan ucapkanlah kesyukuran kepada Allah s.w.t bagi mereka yang merasai kegembiraan. Yang berduka janganlah terus berduka kerana bukan ini pengakhirannya.
adik-adik.. kenapa perlu berduka sedangkan masih boleh membuat rayuan. Itu bermakna kita masih ada peluang. Gunakan peluang tersebut. Selepas membuat rayuan, berdoa kepada Allah s.w.t agar permohonan rayuan adik-adik diterima.
Dulu kak mira pun tak dapat masuk ke U untuk 1st intake. Akak menangis dan menangis. Bila rayuan dah dibuka, akak isi dengan harapan yang menggunung tinggi agar dapat masuk U. Family & kawan-kawan banyak bagi mira semangat. Sebab satu je yang mira nak. Nak masuk UTM-Universiti Teknologi Malaysia. Memang mira down bila tengok result UPU, rasa macam tak percaya sampaikan mira check berulang-ulang kali dan keputusannya still sama. Kalau dah keputusan tak berubah, apa yang kita boleh lakukan?
Jangan rasa diri tak pandai, tak cerdik sebab tu tak dapat masuk U. Jangan sesekali rasa macam tu. Kalau kawan-kawan dok ceritakan betapa gembiranya mereka bila dapat U, janganlah kita merungut or marah-marah kawan tu. Mereka just nak kongsi kegembiraan mereka dengan kita, bukannya nak menghina kita. Bersangka baik la dengan mereka.
Jangan rasa bila isi rayuan UPU, and dapat 2nd intake, adik tak boleh berjaya. Siapa kata adik-adik tak boleh? dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Berusahalah untuk setanding dengan mereka. Berusahalah untuk membuktikan walaupun adik-adik dapat 2nd intake, adik-adik boleh berjaya macam mereka.
Bangkitlah..sapu airmata yang mengalir di pipimu itu. Percayalah masih ada peluang yang terbentang luas. Jika tidak dapat, percayalah, Allah s.w.t telah merencanakan sesuatu yang lebih baik, lebih indah untuk adik-adik. Kalau mak ayah marah, katakan pada mereka ini bukan pengakhiran kehidupan. Kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Adik-adik... janganlah berputus-asa. Janganlah menyendiri, janganlah terus menangis. Tiada gunanya air mata itu terus mengalir jika kalian masih tidak mahu bangkit.
Kalau adik-adik still tak dapat U time lepas buat rayuan, UiTM ada membuat pengambilan semester 2 untuk bulan 12 nanti. Keputusan politeknik pun belum dikeluarkan lagi. Adik-adik semua, kak Mira faham perasaan kalian sebab akak pun pernah merasainya. Jangan kata akak tak faham. Lepas dapat U untuk intake ke-2, akak berusaha bersungguh-sungguh sebab nak gembirakan hati mak ayah and akak dah lakukannya walaupun tidak sebesar mana pun.
La Tahzan adik-adik.. Jangan berputus asa.
p/s : kalau nak luahkan perasaan kat kak mira pun boleh. Just email me at koreamimi@gmail.com. Yang ada Blackberry, emailkan no. pin BB korang ya. =)

8 comments:
yeah akak, ramai yang tak dapat 1st intake upu ni. And ada yang budak MRSM pun tak dapat UPU sedangkan dia dapat 5A. Sangat pelik. tapi Alhamdulillah ain dapat 1st intake.
betol 2...ida skg pe yg mira ckp sbb spm bkn penentu sgla2nya...msh da pluang lain ^_^
@diana betul2.. tak kenal maka tak cinta. =)
@NurainSuperr maybe course yang dia mintak tu ramai yang mintak.. kawan akak dulu pun 9A pun tak dapat 1st intake..
Jgn risau, maybe lps ni ada peluang yg lbh baik. Follow back ye
tq akak :')
urm..dpt twaran yg mang bkn 1st choice la..takpe la..msih ad rzeki len :) Allah sja nk duga kta
@Schu haDa you're welcome dear.. =). Ya betul tu. Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
betul tu..ada hikmah di sblk kejadian..so,cayok2!! :)
Post a Comment