14 December 2012

Outing With My Friends

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Setelah sekian lama tak mengupdate blog nie *lama ke??.. haaa.. ini entry yang ceritanya sudah basi. sudah 2 hari berlalu. hahaha.. 

Pada hari rabu bertarikh 12.12.12 , Mira dan coursemates pergi outing gara-gara pada hari tersebut elektrik takde. notis gitau pukul 11 sampai pukul 6 tak ada elektriknya.. pukul 12.12pm baru padam.. nak waktu cantik jugak.. hahaha..


Kitaorang pergi KL Festival City sebab nak makan steamboat dekat Seoul Garden. Bukan semua 2DDPC yang pergi pun. separuh pun tak sampai agaknya. Perancangan awal Mira & kawan-kawan nak pergi Time Square nak jalan-jalan sajalah.. tapi disebabkan Quia ada hal petang tu, kitaorang pergi la makan steamboat. Sebabnya takut risau sampai KSJ lambat. TS tu bukannya kecik ... memakan masa jugak la nak jalan-jalan kat sana.. aichewwah..

Hari tu first time kawan-kawan mira pergi KL Festival City nie. Mira pulak second time. Kena la tengok directory kalau nak cari Seoul Garden nun.. Tempat tak biasa pergi la katakan. Dah la jiran2 lama mira dekat KSJ pernah kata 'tak tahu KL Festival City? bebudak UTM mesti tahu tempat tu' urghhhh.. bila orang kata gitu .. berdarah telinga nieeee.. hahahaha.

Sampai depan Seoul Garden agak terkejut juga la diri ini gara-gara tengok harga. untuk student RM23++ untuk lunch.. untuk seorang sahaja tau!!! bila bayar.. RM28++ termasuk service & tax. pffttt.. Tak pernah haku makan makanan 'murah' nie. Tobat inilah first & last time aku makan kat sini sepanjang aku bergelar seorang student. Dah kerja tu lain cerita la.. dah ada duit sendiri la katakan.

Kitaorang berempat duduk asing dari coursemates kitaorang. Bukan kami yang tentukan tempat duduk, tapi  pekerja kedai tu la yang bagi tempat kat kami. tapi tak ada lah jauh sangat daripada diaorang. Gara-gara harga yang sangat 'murah' kami berempat ambil la makanan banyak-banyak. dah disediakan secara buffet apalagi ko.. hambikla sebanyak yang mungkin biar berpatutan dengan harga yang sangat 'murah' itu. Haaaa.. disebabkan ambik banyak sangat makanan, kenyang sampai ke malam ke esoknya.. kenyang tersandar macam ular sawa.. kihkihkih.. 


mari memasak steamboat 

Makanannya boleh la tahan. sedap pun sedap. banyak la jenis perisa ayam daging ikan sotong. Blackpepper la, garlic la, curry la.. uhh banyak banyak.. Yang penting.. aiskrimnya!!!! Aiskrim pun ambik banyak-banyak.. dah ler jarang cik mira nie makan aiskrim, sekali jumpa memang jadi tak betul sikit la. Menghayati rasa sejuk manis berkrim aiskrim tu lerrrr... hahaha..  

Agak lama jugak la duduk dalam Seoul Garden nie. dalam 2 jam macam tu la.. hahaha.. memang la lama, mana nak masak lagi, makan lagi, rehat lagi tunggu perut nie lega sikit. kalau tak memang tak larat la nak berjalan kat KL Festival nie.

Lepas solat Zohor, bermulalah aktiviti jalan-jalan cuci mata kami mengusha baju, kasut & barang bukannya jejaka-jejaka yang ada disana. hahaha. masa nak berjalan pun agak terhad sebab nak balik KSJ dalam pukul 4.15 macam tu. Tapi last-last 4.30 baru balik.. hahaha.. Tak apa.. lain kali boleh datang lagi kan. 

Sebagai pengakhiran entry yang tak berapa panjang tak berapa pendek nie... bagi mira hari tu best la jugak.. akhirnya dapat jugak keluar dengan kawan-kawan kan.. Pengalaman pahit manis pada 12.12.12 . Apa yang manis apa yang pahit?  rasanya korang sendiri boleh tahu kan.. hahaha..

ok la.. jumpa lagi di next entry yaaaa.. 

tata titi tutu..

peace.. peace.. 
with love,
Amirah Su'aidah 




4 comments:

ezy.fia said...

letrik padam ngam2 mase yg cantek.. tarikh yg cantek..
bijak2..
ahaha

Atiqa Wahid said...

Wahhh.. Bestnya kuar dgn kwn2... Rindu saat2 tu.. :)

ELFarahin said...

Jom JOIN ni :)
http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/12/25-random-facts-about-me.html

Masmida Ahmad said...

oh thanks.. follow me back okay.. :) http://www.diarimrsmcbride.blogspot.com

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...