03 March 2013

Lawatan ke Fakulti Komputeran UTMSkudai

Assalamualaikum & Salam sejahtera

2 Mac 2013 *wah dah macam diary gitu*
Seawal 5 pagi mira bangun tau tak gara-gara kena berkumpul dekat kafe KSJ pada pukul 6:30am untuk lawatan ke Fakulti Komputeran atau nama lamanya Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat UTM Skudai.

Pukul 6:30 turun pun berapa kerat je yang ada kat kafe. Pukul 7 baru ramai. Yela dah nak bertolak la katakan. Mahunya kena tinggal kalau lambat. Time dah bertolak tu mira kata mira tak mahu tidur sebab nak tengok pemandangan la konon, nak tengok negeri Johor sebab tak pernah pergi Johor sekalu mira tido jugak.. -.- . Tapi, bila dah sampai Johor automatik jaga.. uihh dahsyat naaaa.. dapat tengok pintu masuk UTM.

Dulu mira teringin sangat nak gi belajar kat UTM skudai nun.. tapi tak tahu pulak yang kat sana untuk degree & ada kampus dekat KL. Bila persatuan COMSTAR (Persatuan sains komputer) buat lawatan ke UTMSkudai, takkan nak lepas pulak kan. Tahun lepas tak dapat pergi. tahun ni jangan dilepaskan peluang. 

Bila dah sampai, semua pakat dok cari tandas.. ngeh ngeh ngeh sebab pakcik bas berhenti pun untuk isi minyak. Then dibawa oleh akak2 PERSAKA (persatuan sains komputer UTMSkudai) ke bangunan baru Fakulti Komputeran (Faculty of Computing).




Dekat sini jumpa la kawan-kawan yang gi fast track, Mella, Zuria, Aini, Hamizah, Mastura dan bebudak lelaki yang lain. Memang happening la hoiii.. Rindu diaorang sangat-sangat. Dapat jugak melepaskan rindu. Selama nie dok berkomunikasi kat garis masa a.k.a timeline twitter sahaja. *cheh ayat.


Yang tak bestnya, lawatan nie lari dari tentatif. tak tahu apa masalahnya.. -.- tak berapa jelas nak dengar. Tapi apa-apa pun still best sebab akhirnya dapat juga mira jejakkan kaki ke UTMSkudai walaupun seketika kan. Takpe.. tahun depan graduate kat sana jugak.. jumpa diaorang lagi kan.. hohoho. Yang pasti, UTM tu besar sangat lahai .. boleh sesat wooo.. nak sambung degree kat UTMSkudai tunggu ada kereta dulu la .. amboiii demand nya cik merah nie.. dush dush.. hahahah

Lepas dok jenguk Taman Rusa then pergi Tasik pulak, dok tengok permandangan. Lepastu pergi shopping-shopping kat Skudai Parade. Ok.. itu semua tak termasuk dalam tentatif.. kat IT Centre Skudai Parade la mira berjaya habiskan baucer buku dengan membeli powerbank berharga RM125. fuhh. 6.30 petang naik bas bertolak balik KL. 

Lepas nie nak ajak family datang Johor la.. ternampak JPO tadi.. hahahaha.. Mira ada juga la beli tanda kenangan dari Johor selain powerbank tu hahaha.. button badge je . kihkihkih.. itu pun beli kat RnR Machap. 

Kalau boleh nak cerita secara detail apa yang berlaku sepanjang 2 Mac 2013 nie, tapi tula kan, cik merah korang nie cepat benar lupa. Ingat sikit-sikit. Kalau nak cerita semua mahu berjela jenuh pula cik merah nak baca balik. Korang pun mesti bosan kan.. hahaha. Dah menjadi habit mira baca balik entry sebab nak ingat balik apa yang berlaku gara-gara sering lupa . hailaaa..

Sampai disini sahaja la coretan dari cik merah @ mira ya.. kalau ada typo abaikan je la .. hahahaha..

1 comment:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan tanah untuk boleh iklan sedikit, semoga maksud saya yang baik ini juga menjadi amal ibadah untuk Tuan hendaknya amiin.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...