21 February 2014

Dinner Faculty 2014

Assalamualaikum & Salam sejahtera



peringatan : entry penuh dengan gambar .. *mungkin



Pada 19/2/2014 haritu, Mira pergi Dinner Faculty anjuran PPD UTMSPACE untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir Diploma UTM KL. Dinner ni dekat Restoran Kampung Nelayan @ Titiwangsa Gombak. Asalnya nak buat dekat Hotel Flamingo, tapi sebab nak kena bayar lebih sikit tu yang tak ramai yang berminat kot. Tapi boleh la makanan kat restoran nelayan tu. Semua Mira makan.. cececece

Tak tahu kenapa time nyanyi lagu UTM "Keunggulan Terbilang" tu Mira rasa sebak yang amat. Ingat lagi waktu tahun 1, Mira masuk kelas koir, asyik kena nyayi lagu UTM je. Bila dah nak habis belajar ni, rasa sebak yang amat sebab lepas ni boleh lagi ke nyanyi lagu UTM ramai-ramai. Sayang betul dekat UTM. chewwahh...



Coursemate mira 3DDPC  .. picture credit to Paan .. hehehe


Cadangnya nak amik gambar dengan bebudak kelas sensorang. lepas sorang sorang kan. Jangan mimpi la cik mira oi.. dengan budak lelaki pun kau nak tangkap gambar berdua ke? Pleasseee .. hahaha.. Gambar ramai-ramai pun jadi la kan. Kalau nak tangkap gambar seorang demi seorang mahu 30++ mira kena tangkap gambar.. uhh fengsaaann. Yang paling penting gambar Mira dengan gepreng gepreng nya mesti kena ada. Hampir 3 tahun susah senang kami bersama, takkan tak ada gambar kitaorang kan. Frust tertonggeng nanti.

Me with geprengs & lecturers Pn. Nik Maria & Pn Raja Aida

Baju yang mira pakai malam tu, labuh gilaaaa la hoi.. pakai wedges pun still meleret-leret sampai terpijak-pijak nasib baik tak tersungkur, kalau tak malu saja-saja. Mana la nak letak muka ni dik oi..

Ada banyak lagi yang tak accomplish untuk malam tu.. tapi biar la. Angan-angan tinggi sangat kennnnn..

Apa pun.. best la walaupun Mira tak kenal Pengacara jemputan, Man Raja Lawak & Elly Raja Lawak tu.. Asalkan makanan sedap uolsss & MEMORIES .. tu yang penting .. hehehe

me with geprengs


Chiffon Maxi Dress ala2 pwincesss boleh dapatkan di E Queen Plus Size(FB)

Last but not least.. selfie selca cik Mira. Muka nampak flawless
sebab pakai CC Cream from FCC(Farmasi Color Cosmetics)

To all my friends, 3DDPC Diploma Science Computer (IT) semoga kalian terus sukses dan mencapai apa yang diimpikan. Thanks coz make me happy dengan telatah & gelagat korang, Sorry kalau Mira ada buat sesiapa tersinggung, terkecik hati. Mira tak sombong, Mira pemalu. Malu nak cakap dengan uolssss.. hehehe
Asal mira sedih je telatah korang buat mira gelak sakan. Thank you uolss..

Zatil, Quia, Dayah.. Thanks for everything my sisters, my girlfriends. Sorry kalau mira asyik dok buat perangai ke, sakitkan hati korang ke. I'm really sorry. I LOVE YOU ALL SO MUCH. Semoga persahabatan kita tak sampai disini. Biar lah sampai bila-bila. Sampai ke Jannah. Korang la penghibur hati, penglipur lara, teman ketawa, teman karaoke. hahaha.. thank you ..



No comments:

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...