12 June 2011

Piala FA 2011 milik Terengganu

Salam...

Semalam perlawanan akhir Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Terengganu. Semangat betul mira tengok. Overexcited pun ada. Tapi apakan daya, kemenangan tidak menyebelahi Kelantan..

Dengan keputusan 2-1, Terengganu 2 dan kelantan 1. Piala FA 2011 itu menjadi milik Terengganu.. Pada mulanya Kelantan mendahului dengan 1-0, selepas itu pemain kelantan, DaudSu memasukkan gol sendiri menyebabkan keputusan seri. Semalam memang marah sangat dengan DaudSu. Emo je semalam... ok-ok..kita sambung lagi. Dan pada minit terakhir Terengganu berjaya mendapat lagi 1 mata. (mata ke?) dengan usahanya sendiri dan bukan dari pasukan lain.. menjadikan keputusan penuh 2-1.

Semalam asyik tepuk dahi je..yang orang kat TV tu kenapa la asyik replay DaudSu masukkan gol sendiri? Mira tak salahkan dia....maybe dia nak menyelamatkan je tapi tak menjadi. Tak apa la...jangan ulangi lagi kesilapan macam semalam di lain perlawanan.

Walaupun Kelantan kalah...mira tetap akan sokong Kelantan. Diharapkan, Pemain Bola Sepak Kelantan tidak berputus-asa. Tahun depan ada lagi...buat betul-betul baru boleh menang kan??

Kepada penyokong-penyokong Kelantan..jangan disebabkan semalam, korang dah tak sokong ya..

p/s: sokong kelantan tapi bukannya kenal semua pemain.. sokong MU..bukannya kenal semua jugak.. ciput je..

Sayonara..

2 comments:

niesasukasuki said...

adt prtndingn,ada klh ada mng kannn ehee :)

ezy.fia said...

suke sbb ganu menang!
kltan pon hebat jgk..
ade rezeki kltan pulak menang taon dpn kan..
:)

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...