16 June 2011

Politeknik dan UTM

Assalamualaikum...

14 haribulan hari tu result rayuan UPU dah keluar. Tak sangka yang rayuan mira diterima. Memang rasa macam nak menangis, rasa macam nak menjerit kerana kegembiraan coz mira dapat UTM, Diploma Sains Komputer. Mira suka sangat. Mira memang nak masuk UTM..nak sangat, dari dulu lagi. Sebab mira nak masuk UTM kerana UTM merupakan Universiti Teknologi yang terbaik.

Tapi..kegembiraan hanya sementara. Tengok tarikh daftar 18 jun nie.. Itu tak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah Yuran. Bukannya mira nak mengadu ke apa ke. Just nak beritahu sebab apa mira tak pilih UTM..bila bagitahu kawan-kawan, diaorang terkejut dan tertanya-tanya. Memang la orang cakap kalau masalah keluarga jangan disebar tapi...entahlah..

Bila mira fikir keadaan ekonomi keluarga mira..mira lupakan UTM. Time ayah tanya nak pilih Politeknik atau UTM... mira dah tau maksud yang tersirat di sebalik pertanyaan tu. Bukannya ayah mira tak tahu mira nak sangat masuk UTM. Tapi kenapa mahu tanya lagi kan? Mira jawab Politeknik. Bila mira buat keputusan tu, hati rasa sakit sangat. Sebab mira tolak peluang mira nak ke UTM..

Kenapa mira tolak? sebabnya duit..lagi pakaian.. baju mira tak banyak sangat..sikit je. Dalam masa 4 hari mana nak cari duit untuk beli barang keperluan dan nak bayar yuran? Gaji ayah lambat lagi. Mira tak nak ayah mira tertekan. Dah tak nak susahkan dia.

Mak pulak tanya tak menyesal ke? Dengan senang hati jawab TAK. time tu muka mak mira macam tak percaya bila dengar perkataan tu dari anak dia nie. ye la punyalah bersungguh nak masuk UTM, bila dah dapat tolak pulak. Mira tahu apa yang mira buat betul dan untuk pertama kalinya mira buat keputusan yang tak mementingkan diri.

Kalau dulu mira sedih tak dapat IPTA..now bila dah dapat sedih lagi coz terpaksa lupakan itu....

Mak mira cakap..masuk poli dulu..lepas tu sambung ijazah kat UTM, macam abang sepupu mira. dia pun politeknik dulu, ijazah kat UTM.

Biarlah apa yang orang nak kata pasal pelajar politeknik..asalkan mira boleh study.

akhir kata..thanks kerana sudi baca luahan hati mira nie..Mira tak puas luahkan dekat kawan mira, nak luahkan kat korang pulak coz dah tak ada sape nak dengar dan baca.. thanks again..

p/s: kenapa orang pandang rendah sangat kat POLITEKNIK?

Sayonara..

17 comments:

Anonymous said...

salam.

akak baru jer abih pengajian kat politeknik. kos it.

tak yah pk sangat apa yang orang cakap pasal politeknik. yang penting kt situ adik dapat belajar juga kan. lepas abih belajar, adik boleh sambung ke peringkat yang lebih tinggi di universiti k.

yang penting sekarang nih adik jangan putus asa k. belajar rajin2 demi keluarga adik k. =)

Unknown said...

Stdy kt mana2 pun sama jugak..yg penting usaha untuk mencapai kejayaan tue...kan...:D

Ruby Azahar said...

xpe mira . mane2 belajar same je . politeknik ke u ke . janji kite belajar sungguh , then ijazah nanti try mintk utm . ok . good luck :)

ezy.fia said...

ni la pengorbanan..
arap nt ade hikmah disebalik pengorbanan awk ni..

Nora said...

takda kurangnya politeknik, takda lebihnya UTM, yang penting Mira belajar sungguh2. Pastikan dapat pointer lebih dari 3.5, dengan besar hati UTM akan jemput mira singgah masa nak buat degree nanti... jangan sedih... banyak hikmah yang kita tak nampak zahirnya :)

izzati imi said...

salam..frst of all..thniah...!!skurg2nye dpt juge nk smbung kt mne2..pdulikn ape org kate..yg pntg kite tw diri kite mcm mne..ape2 pun gud luck and gunekn pluang sbaik2nye...insya allah..yg pntg berkat ibu n ayah...;)

Amirahsza said...

thanks you all..

Misya Mialen said...

salam mira. masa baca luahan hati mira ni.rasa sedih pula.simpati.tapi, tak apalah, perjalanan hidup mira akan lebih diberkati sebab mira memilih untuk gembirakan hati orang tu.insyallah, rezeki mira akan murah selalu sebab selalu jaga hati orang tua. Tuhan sayang tau orang yang utamakan keluarga. skrg priority mira ialah keluarga dan study so,jgn risau, di mana pun mira bljr, asal ada restu dan berkat dari keluarga, insyallah.mira berjaya juga nnti.;D

Vanila98 said...

tahniah kak, tapi akak wat keputusan betul-betul la ek :) kang takut menyesal,.... x pek la rezeki :) akak wat keputusan tul-tul tau!

Anonymous said...

sukar utk masuk utm jika saudari dari polieknik kerana status research university (RUp)..fokus pngambilan lbih kpd posgraduate dan pgmbilan utk dgree bgitu selective..

@kusygdier~ said...

firstly, nk ucap tahniah sbb dpt 2,2 tawaran.wah!mira mmg org yg hebat.kbetulan lak nme kiter same...akk pon mira gak, nur amira :D study ne2 pon sme k?taon 2008 akk masok politeknik kos grafik kt jb...kecewa jgk sbb kwn2 smer dpt upu.tp bru2 neyh akk try apply upu utk degree, x sngke, rayuan akk dteme d uthm kos sarjana muda tknologi mklumat.so, jgn pk dak politeknik lemah.kiter pon leyh bjaya...bak kate pepatah, hendak 1000 daya, x hendak 1000 alasan.mira yg wat kputusan tuh, so mira kne hadapi nyer...hahhaaa.tetbe jdik penceramah bebas.tape.yg penting ape?bkn kerjasame, tp usaha!politeknik ttp no 1 d hati akk.sbb politeknik la akk dpt truskn blaja d peringkat u:D

Anonymous said...

awat hang tolak utm..rugi lah..kalo hang tak der duit pun.ptptn ada..masuk utm hang belajaq lebih kepada akademik dan teori..bezanya di poli awat lebih kepada praktikal..adik aku yang tak amek sains tulen spm pun leh amek diploma kejuruteraan di poli dan boleh lepas senang2. selalunya lepasan politeknik pointer lebih tinggi dari lepasan ipta (konteks diploma bidang sama)..kenapa? kerana amat susah untuk lulus di ipta berbanding poli..poli senang jer..jarang orang tak lulus..kalo saya saya pilih utm semarak tu..best at least dapat masuk u

Anonymous said...

tak perasan yang sebenarnya awak dah buat pilihan tepat ke utm..

Anonymous said...

Saya masuk politeknik . . and tolak Matrik . . Ramai students hancur kat Matrik . . Pelajar politeknik separa mahir dan mudah mendapat pekerjaan . . ALHAMDULILLAH ~

Amirahsza said...

@Anonymous Alhamdulillah .. belajar rajin2 ya ..

Unknown said...

Sabo je la.. Aq dpt Diploma sains komputer at UTM.. Yuran.. Rm1.6K .. Last2 buat pra diploma jugak.. Dah la aq ada kembar.. Dua2 serentak masuk u..

Unknown said...

Sabo je la.. Aq dpt Diploma sains komputer at UTM.. Yuran.. Rm1.6K .. Last2 buat pra diploma jugak.. Dah la aq ada kembar.. Dua2 serentak masuk u..

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...