29 August 2011

Kenapa blog awak tak popular?

Salam....

Ada yang tanya Mira kenapa blog Mira tak popular even dah 3 tahun dalam dunia blog ni?
Jawapan : Sebab mira tak pandai nak menulis atau buat ayat. Memang 'fail' bab-bab buat ayat nie. Kan orang kata gaya penulisan blog kita akan menarik hati orang. Kalau bagus ramai la suka. Kalau sebaliknya..faham-faham je la..

Lagi satu...
mira tak kreatif. SERIUS cakap...memang tak kreatif. Sebab tu mira jarang tukar background n header blog nie sebab tak ada idea nak design cute miut macam anda. hehehe....

Lagipun...mira nie TAK ADA MASA nak join segmen, bloglist, contest, giveaway dan sebagainya. Walaupun mira tahu itu cara nak naikkan nama blog mira. Mira bukan malas..tapi tak ada masa. Kat hostel mira bukan rehat sangat pun. Balik dari kampus, kena basuh baju, siapkan assignment, siapkan projek, buat latihan dan sebagainya.

huhuhuhu...

terkilan juga bila orang tanya kenapa blog tak popular. Mira tak kejar populariti... mira berblogging nie untuk kenal lebih ramai orang dan dengan blog mira boleh luahkan perasaan mira. Tension ke bengang ke..suka dan duka ke. ye la..dah 3 tahun dalam dunia blog..follower baru mencecah 800.. orang lain setahun dah beribu-ribu. Itu diaorang bukan mira. Mira just nak cakap mira TAK KISAH..

Akhir kata...terima kasih kerana sudi jenguk blog nie walaupun seketika. Saya sayang anda semua...

Sayonara...

4 comments:

Sya said...

xpe.. yg penting ada jgk followers drpd xde kn..

Wan_hazel said...

suka entri nie..sama lah macm wan.,..erm..selamat hari raya mira....

kindergartenlibrary said...

apa yang paling penting , keikhlasan kita untuk menyampaikan sesuatu maklumat !
:)

Anonymous said...

hey mira..blog kita tak popular takpe...tapi ena nmpak blog mira selalu kat google...msti trafik naik byk :)

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...