![]() |
| pic from google |
Salam Aidilfitri...
Mentang-mentang hari raya.. post pasal hari raya ya... Of course la kan. Takkan hari raya nak post pasal deepavali kan.. Now mira nak citer pasal kuih raya..
Korang semua tahu kan yang Almond London nie sangat-sangat lah popular. Kalau gi rumah orang ni ada almond london, kalau gi rumah orang tu pun ada almond london.
Tiap-tiap tahun kat kampung mira, almond london tu macam biskut wajib. Ye la... tiap-tiap tahun ada. Tapi tahun nie tak ada. Haa... semalam mira and cousins isi kuih dalam balang. Dah isi baru perasaan Almond London tak ada. Rasa pelik jugak..
Sepupu cakap Almond London mahal, sebab tu kot tak ada. Lagipun kat kampung mira nie ada bermacam-macam jenis kerepek dan biskut raya. Ada macam-macam bentuk dan macam-macam rasa.
Memang betul pun kan si Almond London nie mahal. Ada yang kata perkataan LONDON menyebabkannya mahal. Ada yang kata ALMOND penyebab ianya mahal. Bagi mira ALMOND la penyebabnya. Almond tu bukannya murah... mahal dik oii... Kalau dibuat kuih raya..satu bekas dah RM60 lebih. itu yang mira jumpa. Ada gak RM50 lebih.
Tapi kan.. rasa lain lak ALMOND LONDON tak ada. Harap-harap la rumah orang lain ada ALMOND LONDON... hahahaha..
Ok.. la sampai disini sahaja entry kita tentang ALMOND LONDON. nanti mira cerita pasal biskut lain lak..
Selamat Hari Raya
Selamat menjamu kuih raya kat rumah sendiri dan jiran tertangga
Sayonara..

No comments:
Post a Comment