21 September 2012

Busy week

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Minggu nie mira memang busy sangat-sangat.
tak cukup tidur, tak cukup makan gara-gara nak siapkan tugasan. Bukan tak cukup makan sebenarnya..lebih kepada tak lalu makan. Mana ada mood nak makan kalau kerja pun bertimbun-timbun. haih..

Minggu nie juga minggu akhir kuliah. Minggu depan dan start study week lepas tu final exam. Cepat betul masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik semester 3 hampir sampai ke penghujungnya.

Memang semester 3 nie penuh dengan dugaan dan cabaran. Kadangkala rasa down yang teramat. Tapi takkan la nak berhenti belajar kan. Just think positif yang diri ini mampu lakukan,

Dah habis kuliah pun, ada lagi 2 presentation tak buat. Haih.. patutnya minggu study week, minggu untuk student study..buat persediaan untuk final. Tapi this sem, minggu study week minggu yang paling tension. 

Busy busy pun ada masa pulak kan nak buat entri ni. Nak buat macam mana dah bosan. Nak termuntah tengok nombor dan nota. Kita kenalah rehat juga, Takkan nak kerja je sampai tak de rehat kan.

k la.. sampai disini sahaja entri nie,... cik mira dah tak ada idea nak cerita apa lagi.

No comments:

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...