03 September 2012

Kisah penghijrahan ke arah kebaikan :')

Assalamualaikum & Salam sejahtera


Kali nie mira nak share satu kisah penghijrahan seorang kakak yang mira kenal di twitter, kak kaa :'). Harap uols ambil boleh ambil iktibar dan kepada yang nak berubah, ingatlah bahawa Allah sentiasa ada dengan kita. Kisah nie mira tak ada ubah apa-apa, just susun supaya senang nak baca.

Selamat membaca.

gambar sekadar hiasan
Dikenang 3 tahun yg lalu, masa mak jemah mula-mula masuk kolej. Siapa diri mak jemah masa tu. Tidak menutup aurat, selalu lalai dan leka ;(Bismillahirrahmanirrahim. Semoga pengalaman mak jemah ni diambil dari sudut yg positif. Tiada niat utk aibkn diri sendiri ;)


Dulu, saya bukanlah siapa diri saya yg sekarang. Mulanya penghijrahan saya, ialah pada semester 4 semasa di kolej. Iaitu pada tahun 2011 ;) Dulu, saya tidak menutup aurat. Saya sukakan fesyen. Saya sanggup berhabis duit untuk manjakan diri dengan fesyen. #MyHistory.

Bila tengok mereka yg warnakan rambut,saya teringat diri yg dulu. Warna apa yg saya tak pernah buat? Pink? Biru? Hijau? Merah? #MyHistory. Dulu, saya seorang gadis yg gilakan fesyen rambut. Tanyalah kawan-kawan lama saya. Saya kenang, saya muhasabah diri saya kembali. #MyHistory. Apa guna tayang rambut? Nak dapat pujian orang? Ya Rabbi. Ingatlah. Sehelai rambut je dah brp byk dosa? #MuhasabahDiri.

Sebelum berhijrah. Allah hadiahkan seorang kakak yg baik pada saya. Dia menutup aurat, menjaga solat. Tapi dia terima diri saya ketika itu. Sejak berkenalan dengan kakak itulah, saya sedar. Baiknya seorang muslimah yg menjaga aurat n solat ni. Bole menerima saya yg terok ni. Dulu,nak keluar dgn mereka yg menutup aurat dan menjaga solat ni, mesti fikir byk kali. Nanti mesti org ejek "Ehh ko kawan dgn org cmtu?" ;( MasyaAllah. Lepas kenal kakak tu, saya tak fikir semua itu lagi dah :')

Sejak berkawan dengan kakak yg baik tu, saya sering ke surau dengan dia. Solat dan bertanya soal agama dgn dia :') Allahu Rabbi. #MyHistory. Memang masa tu saya masih tidak menutup aurat. Saya cuma pakai tudung bila ke kolej saje. Tapi saya usaha jaga solat. #MyHistory #Fact. Perkenalan singkat dengan kakak tu masa semester 2. Kemudian Allah uji saya. Kakak itu berhenti belajar. Dan tinggallah saya seorang :')

Masuk semester 3. Saya mencari-cari orang yg sudi menerima saya seadanya. Alhamdulillah. Allah temukan saya dgn 2 org adik yg baik ;) Masa semester 3, saya masih tidak menutup aurat. Saya masih "hanyut" dgn dunia fesyen. Tp dalam hati sudah terdetik utk menutup aurat terus. Kakak yg baik itu sentiasa memberi semangat pada saya walaupun dia jauh. Saya jadi semakin kuat untuk berubah atas dorongan kakak itu :') Serius, sejak berkawan dengan kakak itulah saya mula sedar. Memang kite kena berkawan dengan orang yg baik jika kite ingin jadi baik :') Semester 3 mengajar saya banyak benda.

Masa exam, saya tetapkan dalam hati. Saya nak berjaya dengan cemerlang. Demi mak ayah n kakak itu ;) Alhamdulillah. Kuasa Allah. Berkat doa mak ayah dan doa kakak itu. Saya berjaya dapat dekan utk semester 3 tu. Ya Rabbi :') Doa seorang yg tidak menutup aurat tidak dimakbulkan? Ya Rabbi. Makbul atau tidak makbul doa itu rahsia Allah. Saya sendiri tidak menutup aurat masa tu. Tapi Allah berikan saya kejayaan masa semester 3 tu yg saya sendiri tidak sangka :') Alhamdulillah.

Sejak diberikan kejayaan tu. Saya sedar. "Aku ni terok. Aku ni jahat. Aku ni hina. Tapi Allah tetap tolong aku" :'( Ya Rabb. Ampuni aku :'(Sejak itulah, saya tetapkan niat dalam hati. Ingin jaga aurat dengan baik. Ingin jaga solat dengan sempurna. Dan cuma perbaiki diri lagi.

Sejak semester 4, saya mula berhijab ;) Alhamdulillah. Iaitu pada tahun 2011 yg lepas. Namun, masih belum menutup aurat dgn sempurna. Sejak memakai hijab. Allah uji saya lagi. Saya pernah diaibkan dan difitnah. Pernah dikutuk dan dihina. #MyHistory .

Sejak saya mula berhijab. Saya hilang ramai kawan sekelip mata. Ramai yg benci saya walaupun tidak pernah mengenali saya. #MyHistory. Sejak saya mula berhijab. Tiap kali diuji Allah, dari situlah makin dekat diri ini denganNya :') Ujung semester 4, saya diuji dengan dugaan yg sgt berat bagi saya. Saya hilang pula adik adik yg sy dah anggp macam adik saya sendiri. Sejak hilang mereka. Allah gantikan pula dengan dua orang sahabat yg sangat baik. Seperti kakak yg mula-mula saya kenal dulu tu :')

Naik semester 5, hanya dengan dua org sahabat itu saya berkawan baik. Mereka menutup aurat dgn sempurna. Menjaga solat dgn baik :') Naik semester 5 juga, saya mula belajar menutup aurat dengan lebih baik. *melabuhkan tudung. *memakai baju yg lebih longgar #MyHistory.

Sejak mula belajar menutup aurat dgn baik itu juga, saya diuji lagi. Saya dipulaukan di kolej oleh ramai orang ;) #MyHistory. Sejak belajar menutup aurat dgn baik, saya tidak ada seorang kawan pun dalam kelas saya. Yes. Tidak ada. Saya selalu duduk sorang2 ;) Sejak belajar menutup aurat dgn baik, saya mula nampak siapa kawan yg baik dan siapa sebaliknya. Semuanya Allah tunjuk. #MyHistory ;) Sejak itu. Saya mula sedar semua ujian yg melukakan, yg sedih dan yg berat itu lah yg buat saya makin dekat dgn Allah :') #MyHistory.

Sejak menutup aurat dgn baik. Saya duduk sorang di dalam kelas. Diejek, dicemuh oleh mereka yg lain dari belakang. Bole bayangkan? :') Sejak mula belajar menutup aurat dgn baik, saya tidak ada ramai kawan. Tp saya tetap happy. Sebab Allah ada ;) #MyHistory. Masa saya tidak menutup aurat, ramai org dekat dgn saya. Macam saya ni gula dan mereka pula semut. *amboi mak jemah punya cite :'D .

Sejak menutup aurat, ramai yg menjauh. Sgt sedikit yg dekat dgn saya. Tapi itu dah cukup buat saya. Sbb yg sikit itulah sahabat yg baik ;) Sejak menutup aurat dgn sempurna, saya tenang. Saya rasa selamat. Saya rasa makin dekat dengan Allah ;) Menutup aurat saje tidak cukup. Niat kite kena betulkan. Istiqamah itu perlu untuk terus kuat dan tabah. Menutup aurat saja tidak cukup. Solat itu lebih penting. Jaga solat, jaga aurat ;)

Masa semester 5 itu juga. Allah berikan saya hadiah lagi. Yg sgt bermakna utk saya. Alhamdulillah ;) Walaupun dipulaukan di kolej. Saya tetapkan hati saya. "Aku ke kolej utk belajar. Bukan utk mereka yg hanya pandai mengata". #MyHistory. Dalam semester yg saya dipulaukan itu jugaklah, Allah izinkan saya untuk dapat anugerah dekan lagi ;) Alhamdulillah. Sebab sedar. Bila saya diuji, ada lain saudara di luar sana yg diuji lebih terok dari saya. Sebab itu perlunya sabar ;)

Sebelum saya berhijrah. Saya seorang yg panas baran. Berkat ujian dari Allah, saya berjaya latih diri untuk jadi lebih sabar ;) Girls,saya tawu ramai yg alami pengalaman yg sama. Sebab tu saya always nasihat jgn takut dgn manusia. Tp fikir pandangan Allah pada kite ;)

Masuk semester 6 iaitu final semester. Hidup saya bertambar better. Hati tenang dan happy je. Masa semester 6 iaitu awal tahun ni, saya mula berjubah dan memakai tudung labuh ;) Bila mula berjubah. Saya rasa lain. Bila nak ke bandar, saya rasa lain bila pakai seluar jeans. Rasa tak biasa nak pakai seluar jeans lagi. Sejak berjubah dan bertudung labuh, saya niatkan dalam hati. Supaya Allah bantu saya untuk istiqamah dgn perubahan itu.

Sejak saya berjubah dan bertudung labuh juga, saya dikutuk di kolej. Well, macam biasa. Ujian Allah. Senyum dan sabar ;) #MyHistory. Dengan kuasa Allah. Masa semester 6, ramai yg mula berkawan dengan saya. Menerima saya seadanya dan memberi sokongan pada saya ;) Sejak berubah ke arah yg lebih baik, Allah tunjukkan pada saya. Mana pihak yg benar. Mana pula pihak yg sebaliknya. ;)

Sejak berubah juga, saya mula aktif di Twitter. Berkongsi pengalaman, motivasi dan ilmu yg saya ada dengan izin Allah ;) Sejak di Twitter. Saya kenal anda semua ;) Sahabat-sahabat yg byk membantu saya untuk terus kuat ;) Yg berada di landasan yg sama ;)

gambar sekadar hiasan

Ramainya tanya umur mak jemah. Ahaha. Mak jemah baru 18. Okey tipu :D Mak jemah 22 tahun ikut kalender omputeh. Kalender Islam, 23 tahun ;) Ramai tanya apa yg buat mak jemah nak berubah? Simple. Sebab mak jemah rasa mak jemah jauh sangat dari Allah :') Ramai tanya sejak bila mak jemah berniqab. Mak jemah officially pakai niqab masa 7 Ramadhan yg lalu. Allahu Rabbi :') Kenapa saya berniqab? Niat saya hanya kerana Allah dan cuma Dia yg lebih tahu. Cuma saya mampu katakan. Ianya Sunnah. Saya ikut Sunnah ;) Saya dah abes study. Dulu study di Kolej Yayasan Melaka ;) 


*SubhanAllah, Hidayah itu milik Allah, Allah berhak memilih hamba-Nya yang layak untuk diberi hidayah.


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka. ” (Surah Ar-Rad:11)



********

kak Kaa aktif di twitter & selalu tweet yang bermanfaat dan boleh dijadikan pengajaran buat kita. tak rugi pun jika follow dia. @KaaDabri

semoga kak Kaa sentiasa berada di bawah rahmat Allah. Amin..

7 comments:

Shafiq Mujahid said...

Assalamu'alaikum..
Dan ingatlah ALLAH sentiasa memerhati mu dan dia amat dekat dgn mu. Zikir bnyk2 k.. InshaALLAH nusrah ALLAH datang.

Anonymous said...

ok..serius sebak baca..Indahnya hidayahMu Ya Allah..MOga ku turut sama terkena tempiasnya Aamiin Ya Allah.

Ana Fatihah said...

Subhanallah!Hebatnya kak Kaa..
:')

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

Brader Jai said...

Sy terharu membaca kisah saudari :)

Unknown said...

salam
terharu rasenye blh ke akk tlg sy tok bhijrah jgk??

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...