Pejam celik pejam celik hampir 2 bulan berlalu. Cuti semester dah nak sampai ke penghujungnya. 10 Jun nanti dah start semester 5. Final year kot. Rasa takut pulak oiii.. Makin nak habis makin takut hohohoho. Dah la semakin lama semakin rasa malas nak belajar. Astaghfirullah-al-azim... ish ish ish..
Bila cuti nak habis ni makin sayang nak tinggalkan rumah. Time cuti kemain haaa merengek-rengek gara-gara tak tahu nak buat apa. Aktiviti time cuti sem online, tengok movie, baca novel, makan, tido dan semuanya sama tiap-tiap hari. Cadang nak kerja, nak kumpul duit nak beli Samsung Galaxy Note II tak kesampaian. Tak ada rezeki nak buat macam mana kan. Jeles tu memang la jeles bila terbaca dekat FB mahupun twitter pasal kawan-kawan yang bekerja time cuti sem. Seronok betul diaorang dapat merasa gaji walaupun asyik dok merungut-rungut kan.
Sekarang ni dalam kepala otak asyik dok fikir siapa roommate mira, siapa jiran sebab this sem memang mira tak mohon rakan sebilik. Bukan tak mahu mohon tapi tak ada orang yang sudi nak jadi rakan sebilik dengan mira kan. Sedih betul .. Nak buat macam mana, terima sajalah roommate yang dah ditetapkan oleh pihak kolej. huhuhu
Walaupun sayang nak tinggalkan rumah & tak mahu balik KSJ, tapi barang-barang dah siap kemas. Padahal minggu depan baru nak balik sana. Semangat dalam keterpaksaan . Chehhh.. Tinggal baju je tak berkemas lagi . Kalau dah siap kemas semua tak ke nampak macam semangat sangat nak balik kolej. Hishhh.. Tak hingin la Mira. Ikutkan hati nak duduk rumah je. Tak mahu duduk kolej. Gaya macam rumah dekat belakang UTMKL kan .. berangan tak sudah .
Idea hilang pulak tetiba.. Petanda kena berhenti menaip. Sampai disini sahaja entry hari ini ..
Thanks coz sudi baca entry yang entah apa-apa ni ..
No comments:
Post a Comment