08 June 2013

Berakhirnya Cuti Semester

Pejam celik pejam celik, tibalah hari Mira kembali ke Kolej Kediaman. Hari isnin ni dah start kuliah. Sesi baru bermula.. sesi 2013/2014. Sesi terakhir. Dah tahun 3 dah oii.. tahun akhir. Still tak percaya yang 2 tahun telah berlalu, mira telah melalui 4 sem di UTMKL ni. Now dah masuk sem 5.. tahun depan sem 6 and tarraaaa.. dah habis diploma tahun depan oii.

Tapi kan, hati ini makin lama makin berat nak kembali pulang ke kolej kediaman. Nampak je pintu pagar KSJ, perut ni terus sakit memulas-mulas. Automatik ok!! Bertambah berat lagi hati bila sem ni mira tak tahu siapa mira punya roommate & toiletmate. Bukan apa.. mira ni jenis yang pemalu dan tak berapa nak peramah. Malu nak tegur orang, say 'HI' kat orang sampai orang lain anggap mira ni sombong. NO NO NO!!.. Mira tak sombong k .. malu tau malu!!!

Tahun ni mira dapat bilik tingkat 3. Memang mira harap sangat-sangat dapat bilik dekat tingkat 3. Boleh la turun naik tangga tak payah pakai lif. Sem lepas duk tingkat 6 memang tak la nak turun naik tangga kan. Mahu tercabut skru lutut dik oii .. Rasa sedih jugak tak dapat sebilik dengan orang yang mira kenal dan dah biasa. Nak buat macam mana kan, kena la terima. Boleh kenal orang baru kan. 


Lepas daftar asrama tadi, terus bawak naik barang. Cuci-cuci mop lantai segala.. berhabuk kemain uolls.. Bilik kali ni kipas laju tak macam bilik lama. Almari ok, tak ada kemek or rosak. Cuma satu je mira tak puas hati. Mira tak ada kerusi!! Entah kemana la kerusi tu. Esok baru nak gi report. Kalau tak memang nanti study dok je atas meja tu. Bukan setakat duduk, boleh lagi baring-baring, golek-golek.

Mira harap sangat roommate & toiletmate mira baik-baik hati belaka. Harap sangat-sangat. Dah la mira ni jenis sensitif. Tak mahu la ada airmata ni menitis gara-gara roommate toiletmate kan . Nak weolls happy happy sahaja.

Now, mira nak rehatkan diri selepas iron baju untuk 2 minggu . fuhh.. sakit kaki wo. denyut denyut ..huhuhu

tata titi tutu!!!







1 comment:

Siti Asiah said...

selamat berstudy ye Mira...:)

Assalamualaikum & Salam sejahtera It's been awhile since I post on my blog. Almost 2 years stop blogging Dalam masa 2 tahun ni, ...