Siapa yang tak kenal dengan Zalora? Rasa-rasanya semua orang kenal Zalora. Ala.. Website Online Shopping yang jual macam-macam fesyen kasut, beg, pakaian dan banyak lagi la, senang cerita Zalora ni Online Boutique.
Dari dulu lagi mira dok usya-usya Zalora, nak beli kasut kat situ sebab banyak kasut ballerina yang cecantik belaka. Lagi satu mira malas betul la kalau pergi kedai kasut, try-try tak ada size la pulak. Bila dekat Zalora ni siap bagitahu size mana yang available. Kalau tak ada boleh cari yang lain. Yang penting kita just duduk depan laptop aje. Simple!!!
Hari tu Zalora ada bagi voucher RM50. Mula-mula tu macam tak kisah sangat, tapi mengenangkan orang dah bagi tu, jangan ditolak pulak kan. Lagi-lagi bulan 11 ni nak konvo, kasut pulak tak ada.. yang ada selipar yang rupanya hmmm .. Mula la pencarian kasut dekat Zalora, time ni memang rambang mata habis la rasa macam nak beli semua je. Oh...tamaknya.
Ni dia si Ballerina yang cute miut. Two-Tone Ballerina, Ezra by Zalora. Mira beli hari khamis hari tu, order pun nak dekat 12 malam. Tengah hari tadi(Sabtu) dah sampai dah. Ingatkan isnin ni sampai. Bertambah lagi excitednya kalau barang yang kita beli sampai cepat kan.
Dah tak payah pening-pening nak cari kasut, dari satu kedai ke satu kedai, Tengok website Zalora je, macam-macam jenama kasut ada. Kalau kita tersalah saiz ke apa, boleh return dalam masa 30hari, apa susah. Nasib baik kasut yang mira beli ni, tak ada apa-apa problem.
So, bagi sesiapa yang tercari-cari kasut, handbag, accessories ke apa ke tapi malas nak berjalan, shopping aje di Zalora Malaysia.
No comments:
Post a Comment